Wuduk
Untuk menunaikan sembahyang,diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk ada 6 perkara:
Bersihkan kedua-dua belah tangan
Berkumur & bersihkan hidung
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk kerana Allah Ta'ala".
Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
Niat & basuh seluruh muka
Bersih telinga kiri-kanan
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
Bersih hujung jari hingga siku
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
Menyapu air ke kepala
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
Membersihkan kedua belah kaki
5. MEMBERSIHKAN KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat wuduk hendaklah membaca Doa Selepas wuduk
Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
0 comments:
Post a Comment